Al- Hadist

“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?,
Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?,
Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadist Riwayat At-Tirmizi).

===== ***** =====

“Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah mencela makanan. Bila beliau suka maka beliau memakannya, dan bila tidak suka maka beliau meninggalkannya”.
(Hadist Riwayat Bukhari & Muslim).

===== ***** =====

Ada seseorang datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya akan bepergian, oleh karena itu saya minta bekal kepada tuan”.
Beliau bersabda: “Semoga Allah membekali kamu dengan takwa”.
Ia berkata lagi: “Tambahkanlah bekal itu”.
Beliau bersabda: “Semoga Allah mengampuni dosamu”.
Ia berkata lagi: “Tambahkanlah bekal itu”.
Beliau bersabda: “Semoga Allah memudahkan kebaikan padamu dimanapun kamu berada”.
(Hadist Riwayat At-Turmudzy).

===== ***** =====